Pusat Internet Kg. Tunku Ab. Rahman Putra mula beroperasi secara rasminya pada 1 November 2013. Dalam usaha memperkenalkan dan menwar-warkan kewujudan Pusat Internet ini serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan telah diadakan 1 program iaitu “Program Hari Bersama – Pusat Internet Kg. Tunku Ab Rahman Putra” yang berlangsung pada 10 Disember 2013. Program tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Kuala Balah – YB. Datuk Aziz Bin Hj. Derashid.
Dari tarikh mula beroperasi sehingga Disember 2013 terdapat seramai 146 Orang ahli yang berdaftar. Sehingga kini (Ogos 2016) terdapat seramai 544 Orang ahli berdaftar bagi Pusat Internet ini.
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet Kg. Tunku Ab Rahman:
* Bermula seawal pembukaan Pusat Internet
i. Perkhidmatan Internet
ii. Program Pembelajaran ICT secara percuma (perlu daftar keahlian) seperti Pengenalan
Asas Komputer, Asas Internet dsb.
iii. Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
iv. Latihan Keusahawanan
v. Lain-lain (print, fotostat, laminate, binding)
* Pertengahan tahun 2014
vi. Perkhidmatan BSN (pembayaran bil, tambah nilai prabayar telco, pembukaan akaun, simpanan
dan pengeluaran, pembelian no. SSP)
* Bermula November 2015
vii. Pinjaman Netbook
* Bermula Mei 2017
viii. Agen TM (pendaftaran UniFi, Pendaftaran Streamyx, Pendaftaran talian tetap TM & Pembayaran
bil TM)