Tarikh | : 22 Februari 2024 | Khamis |
Masa | : 9.30 pagi – 1.00 tengahari |
Tempat | : PEDi Kg TAR Putra |
Peserta | : 25 orang |
TUJUAN:
Kelas diadakan untuk memperkenalkan Modul AI (Artificial Intelligence / Kecerdasan Buatan) kepada para usahawan untuk membantu mereka mengguna pakai kaedah terkini dalam perniagaan mereka.
AKTIVITI:
Petugas memberi penerangan apakah itu AI dan bagaimana ianya dapat membantu dan memudahkan para usahawan dalam urusan perniagaan mereka. Petugas menunjukkan cara-cara menggunakan modul AI. Peserta mencuba dan dibantu oleh petugas. Kemudian peserta menjawab kuiz yang disediakan. Selain itu, Usahawan Bridal (Kuna Shasa Bridal) mengisi slot berkongsi pengalaman dan ilmu tentang bisnes beliau. Kelas diakhiri dengan aktiviti cabutan bertuah.