Tarikh | : 7, 8 & 9 Januari 2019 | Isnin, Selasa & Rabu |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pi TAR Putra |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN:
Tujuan kelas diadakan adalah untuk mendedahkan modul – modul asas bagi Microsoft (Word, Excel & Power Point) kepada peserta. Ianya juga diadakan untuk menghasilkan komuniti celik ICT dikalangan belia-belia di kampung ini dan dalam masa yang sama memudahkan mereka pada masa hadapan.
AKTIVITI:
Untuk setiap sesi, para peserta diperkenalkan dengan perisian Ms. Word, Excel & Power Point. Pengajar menunjukkan dan menerangkan semua menu – menu / fungsi – fungsi yang terdapat di dalam perisian tersebut. Setelah penerangan, para peserta di beri masa untuk melakukan tugasan dengan dibantu oleh staf.