mcmc
Maklumat PI

Maklumat Pusat Internet

Pusat Internet PIM) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

Pusat Internet Kg. Tunku Ab Rahman Putra mula dibuka secara rasminya pada 1 November 2013 setelah  menjalani proses audit (UAT) bersama pihak SKMM, TM dan pihak MSD dan dirasmikan oleh ADUN Kuala Balah iaitu YB Datuk Aziz B. Hj. Derashid.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet adalah program ICT secara percuma seperti Pengenalan Asas Komputer , Asas Internet , Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang), Desktop Publishing (Microsoft Office), Latihan Keusahawanan, Perkhidmatan BSN (pembayaran bil, tambah nilai prabayar Telco, pembukaan akaun, simpanan dan pengeluaran dsb.), Pinjaman Netbook 1 Malaysia (untuk ahli Pusat Internet)