mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2020 – CELIK ICT | Muhammat Ali Bin Hussin

Nama               : Muhammat Ali Bin Hussin                                     
Umur  : 61 Tahun
Ahli : 24 Disember 2019

 

Latar belakang

Seorang Pesara Askar yang ingin mendalami ilmu ICT. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Warga Emas Kuala Balah dan memerlukan beliau untuk menggunakan perisian ini dalam urusan kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum menjadi ahli PIM dan mengikuti Kelas ICT di PIM Kg Tunku Abdul Rahman, pengetahuan beliau dalam bidang ICT kurang. Selepas dilantik menjadi Setiausaha Persatuan Warga Emas, beliau telah mengikuti kelas komputer di PIM untuk meningkatkan ilmu tentang ICT dan perisian komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti kelas di PIM, pengetahuan beliau tentang ICT semakin meningkat, telah mempelajari pengenalan komputer dan sistem operasi, asas Internet & Emel, pemprosesan kata (Microsoft word & Publisher ) dan pengenalan Internet.