Nama | : M. Aiman bin Rodzi |
Kategori | : Celik IT |
Latar belakang
Lepasan SPM, berumur 18 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI dan mengikuti Kelas ICT di PI Kg Tunku Abdul Rahman, pengetahuan beliau dalam bidang ICT kurang. Dengan masa yang terluang, sebelum melanjutkan pelajaran, beliau telah mengikuti kelas komputer di PI untuk meningkatkan ilmu tentang ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas di PI1M, pengetahuan beliau tentang ICT semakin meningkat, telah mempelajari pengenalan komputer dan sistem operasi, asas Internet & Emel, pemprosesan kata (Microsoft word), Lembaran Elektronik (Microsoft Excel), Multimedia ( Microsoft Power Point) dan Adobe Photoshop.